Update terbaru...hahaha

Hmmm..lama dah update kat blog ni..Kan3? Hihih..Status aku sebagai seorang pelajar kat UM membantutkan niat aku nak bersuka ria sangat. Seperti biasa, bila dah lama tak update ni, banyaklah cerita yang aku nak share..Sesi luahan perasaan pun ada...

Banyak suka dan duka aku lalui dalam sebulan dua neh..Pertama sekali, selama 3 minggu berturut2, aku dan s/u JTK JIK KK9 UM, Qama, menghadiri kursus kepimpinan Dale Carnegie. Dan kami telah graduate dengan jayanya...Dari kursus tu, aku dapat rasakan yang aku dah banyak berubah dari segi keyakinan diri dan kematangan diri. Aku dah semakin berani untuk berdepan dengan masyarakat. Di akhir kursus tersebut, En Rosli Hussein mencabar aku utk mencari satu peluang utk aku buktikan bahwa aku dah berubah..Maka, apabila peluang tu muncul aku pun tak mensia2kan..dan..

Pada hari Ahad seminggu lepas raya, aku menyahut cabaran utk menyertai pertandingan karaoke aidilfitri ataupun Aidilfitri Fantasia anjuran Rumah Terbuka Mahasiswa Melayu KK9 UM. Ternyata cubaan pertama aku dalam pertandingan seumpama itu mendapat hasil apabila aku berjaya mendapat tempat ke-3, sedangkan aku hanya ingin melakukan yang terbaik..Hahaha..Dah rezeki aku malam tu..Yang paling best, bila bakat aku mula diakui oleh sahabat2 dan penyelia2 kolej. Seminggu lepas tu pula, Cik Yaya telah menjemput aku utk perform di kenduri kahwin di Hotel Hilton PJ, tp terpaksa aku tolak sebab ada exam utk english proficiency..Huhuu..Rugi rasanya aku tolak kerana itulah exposure yg aku perlukan..tapi xpelah, lain kali mungkin ada lagi rezeki...Sesungguhnya, aku amat suka menyanyi kerana itulah salah satu caranya untuk aku melepaskan tension. Rasanya bakat dan minat ni aku dapat dari mak kot..Mak pun selalu je aktif menyanyi kat kenduri2 and majlis yg x brapa nak formal..

Pada 23-25 Oktober 2009 plak, aku dan geng2 JTK JIK KK9 telah menghadiri kem khas di Chalet Warisan Rimba, Kampung Kemensah, Ulu Kelang. Master mewajibkan semua kami menyertai kem ini untuk mengeratkan lagi hubungan sesama JTK JIK dan juga penyelia kolej. Memang terasa juga kemesraan kami, terutamanya di kalangan sahabat2 perempuan. Kalau dulu aku agak malu untuk bergurau senda ngan diorang, ternyata semasa kem tu, kami bukan sahaja bergurau senda sesama perempuan, malah sesama budak2 laki. Peristiwa paling best bila mandi kat kolam air suam pukul 12 malam sampai kul 2 pagi...Kak Shafa, Kak Zuliana, Abang Rahimi, Sir Wijen, Sir Ramzi and Master memang sporting habis join kitorang berendam..Jujur aku katakan, semasa kami mula2 menjejakkan kaki di kem tu, rasa nak balik kolej je sebab kemudahan yang ada begitu basic..Bukan sahaja tandas yg tak berapa nak cantik dan selesa, tapi kemudahan elektrik pun xda. Cuma generator yang kami harapkan..Dan bilik2 tempat kami tidur pun bocor..Aku terjaga dalam kesejukan pada pukul 3 pagi kerana atap bocor..Menggigil kesejukan aku dibuatnya..Tapi, itulah namanya kehidupan..Dan, pengalaman yang aku xleh nak lupa adalah bermain paintball. Aku satu team ngan Afiq, Teh Teng Siang, Sir Ramzi dan Kak Sha. Game pertama, aku org ke-2 yang mati dan game kedua, aku org ke-4 yg mati. Adalah peningkatan sikit ye..Time game one-on-one melawan Kak Sha, aku menang..Muahahaha...Aku addicted plak ngan game ni..Nasib baik xda duit time tu, kalu x, memang aku dah main extra lap tau..Kui2..

Baiklah, aku dah cerita banyak mengenai peristiwa manis kan..Skarang aku nak luah perasaan sikit...Aku bukan apa, adalah kecik hati sket ngan makhluk Tuhan yg tertentu..Aku pun xtau la jenis org yg suka judge a book by its cover ni....At least, aku kat kolej, x penah naik moto skali ngan budak2 laki..aku x tunjuk baik, tp kalu sebab aku pakai ala2 sexy kat bilik (bilik jer, kat luar, sopan sesangat tau) pun dia dah tgk aku lain mcm, mesti ingat aku ni minah sosial ar? dia x tau kisah sebenar camne..aku x hipokrit la weh...aku pakai yg aku rasa selesa kat BILIK, diulangi BILIK. So, kalu nak fikir jahat pasal aku, lantak ar, itu dosa dia ngan Yang Maha Esa...Malas aku nak layan..Prangai depa memang camtu kot..Ingat baik mcm malaikat sangat..Padahal lebih teruk pun ada..

Last kali, aku nak crita pasal pengalaman g tengok teater budak2 Pusat Kebudayaan kat DBP. Tajuknye Aku Cinta XXX...First time tgk teater memang syok..Aku, Rina, Rita, Wellmancis, William, Asyran, Saiful, Fina and Siti memang enjoy. Enjoy bergambar sakan pun ada..Haha..Cute la pulak abang yg handle bas tu tadi..X sempat nak bgambar ngan dia..Apa2pun, aku bagi 2 thumbs up la kat pelakon2 tadi. Bukan senang ooo nak hafal skrip utk 1 jam sambil buat aksi2 sekali..Aku nak hafal nota 2 pages pun seksa, inikan pula skrip.Memang xleh jadi pelakon la aku neh ha...Kui3..Selesai balik dari DBP, singgah makan kat kafe kolej pulak..Aku makan kungfu ladna...Adeh, sakit perut pulak aku dibuatnya..Yelah, x penah2 makan sebelum ni..

hmm..panjang gak aku melalut kat sini...Lepas gian katakan..Lepas ni xtau bila pulak aku nak update blog ni ha...Harap2 dalam study week ni aku akan merajinkan diri mengupdatela ye..Aku pun dah lotih gak neh..Nak cuci muka and tidur..Apa2 hal, aku share dalam post yg akan datang ye...

Tata titi tutu...
Hakun Matata!!