Menghitung Hari

Hmmm...Lambatnya masa berlalu. Boring plak kat rumah ni bila adik2 semua dah pg kolej. Tinggal aku ngan nenek, makcik n 2 org anak dia dan mama je kat umah. Xde dah org yg nak gaduh ngan aku. Patutla mama x sabar2 tunggu aku balik kampung. Rupa2nya, kesunyian memang boleh membunuh. Aku nak keja part time, mama x bagi. Duduk kat umah plak, asyik makan tidur makan tidur. X tau la apa nak jadi. Kalau ada internet kat umah, xpe juga. Ni, skali skala baru leh bukak FB dan check blog.

Mcm abg Faizul kata, sunyi bangat. Sedih rasa ati bila baca entri abang faizul yg bertajuk Sy Redha Dalam Berkawan. Bang, kawan menangis memang susah nak dapat. kawan yg suka mengambil kesempatan ramai. Sy masih ingat lagi masa tingkatan 1-3 dulu. Tetiba je akak2 senior yg sy x kenal langsung nak berbaik dgn sy. Siap puji kata tulisan sy cantik la, sy ni baik la...Tapi, ada udang di sebalik batu. Diorang sebenarnya nak sy kenalkan diorang kat cousin sy ni. cousin sy time tu, atlit sekolah dan merangkap atlit SUKMA. so, banyak la aweks2 yg suka kat dia ni. tp, sy bolayan je akak2 senior tu..Kalau suka kat cousin sy tu, cakap je la kat dia. Bukannya sy yg pegang hati dan perasaan dia, ye tak? hahah...Mcm tu la dunia ni bang. Sy pun beberapa kali dah ditikam dari belakang. tp, malas nak amik port sgt. Bagi sy, dosa2 mereka tu biarlah Tuhan je yang bayar.

19 dan 20 jun ni ulangtahun pertama arwah atuk dan kazen. Sayu hati ni bila mengenangkan orang tersayang yang dah pergi jumpa yang Maha Esa. Tapi, sy bersyukur sebab sempat jaga arwah atuk sebelum dia meninggal. Malah, sayalah org terakhir yg lihat atuk bernyawa.

apa2pun, ini sahaja buat waktu ini. Sampai ketemu lagi.
0 Responses