TAG YANG TERTANGGUH DARI ABANG FAIZUL

Kesempatan ini akan saya gunakan untuk menjawab tag2 dari abe faizul dan en fairuz selamat..huahuahua


1) Nyatakan siapakah yang telah mengetag anda!

Hehe..siapa lagi la kalau bukana abang Faizul yang vavavoom…Suke ek mendera kita…hahaha



2) Letakkan gambar anda zaman kanak-kanak yang paling anda suka... Sebanyak yang anda suka, dan nyatakan umur anda di dalam foto itu

Haha..ni gambo kita masa baby lagi…x tau plak umo brapa..1 lebih kot..nampak cam baby boy kan3?

Ni plak gamba time Christmas tahun 1997 rasanye..nape gamba ni fave? Sebab time ni gamba ngan adik2 tersayang..


3) Senaraikan 5 kejadian menarik untuk dikongsikan sewaktu anda kecil (kemalangan, perkara memalukan dan sebagainya)

i) masa umor lebih kurang 10 taun, sy pernah terjatuh bedebuk dr buaian..hehe…masa tu nak tunjuk skill ayun buaian tu tinggi2, last2 sy hilang kawalan…dan jatuh ke lopak air bawah buaian tu..malunyer..dah la ramai org nampak..

ii) ada satu hari tu, saya dan adik bongsu guna shortcut nak pg umah makcik. Tiba2, kami ternampak sarang tebuan atas pokok yg x begitu tinggi. Adik sy usik sarang tu, tapi sy kata jgn, sebab takut kene kejar…haha…tp, adik sy degil dan dia baling batu kat sarang tebuan tu. Dah nasib agaknya, sarang tu jatuh lalu menyebabkan para tebuan yang bengang mengejar kami berdua. Apalagi, sy dan adik sy pun lari lintang pukang, tp tebuan2 tu berjaya menyengat kami berdua..Selama3 hari badan sy dan adik lebam2 dan bengkak akibat sengatan..huhu…nyesalnya..

iii) masa kecik, saya memang nakal sangat2..mengalahkan budak laki2..selalu je saya kene tibai ngan mak. Huhu..dan masa kecik, sy amat garang dgn adik2 saya..gaduh pun dah mcm nak perang dunia ke-3, sampaikan mak geleng kepala je sebab x tau nak buat apa nak ubah perangai nates sya tu..tp, berkat didikan mak, sy berjaya ke universiti hari ni..Thanx mommy. Muah3..

iv) Masa umo 9 tahun kot, saya dan keluarga pergi berkelah kat sebuah air terjun di kawasan kuching. Seronok mandi manda kat situ. Di tengah2 air terjun tu, ada sebuah batu tongkol yang besar. Saya dengan skill berenang yg x seberapa nak handal pun mula berenang ke arah batu tu. Tanpa sy sedari, kawasan tengah air terjun sekeliling batu tu dalam. Jd, bl semakin dekat ke arah batu tu, sy penat. Ye la, umo 9 tahun nak berenang mcm org besar kan..Bila dah penat, sy x larat nak berenang, jd sy pun mula tenggelam dan lemas. Nasib baik, ada sorang abang tu ternampak tangan sy yg terkapai2 dan terus terjun dlm air dan tarik tangan sy ke tebing. Kalau x, dah jadi penghuni syurga dah sy neh..huhu..Makasih bang. Lepas tu, seharian sy kena lecture ngan mama..Redha je la..Salah sy jugak..

v) Antara kenangan manis masa kecik adalah bila disenaraikan sebagai pemain bola tampar bawah 12 tahun untuk negeri Sarawak. Tapi, masa tu Sarawak xda bajet nak hantar pasukan utk bertanding ke Perak. So, sy dan rakan2 yg disenaraikan tu x dpt nak pg bertanding. Huhu..Memang sedih sgt2. Sy memang amat minat bersukan, terutamanya bola tampar. Sebab tu la sampai sekarang sy main bola tampar utk kolej 9 for SUKMUM. MASUM je xde rezeki lagi. Masa sekolah rendah, selain drp pemain bola tampar, sy pernah jd sprinter (dulu sy keding tau..), pemain hoki sekolah, lompat tinggi (salah landing telah menyebabkan sy berparut di siku kiri smpi skarang),lompat jauh, bola jaring dan lontar peluru. Hehe..


4) Apa nama panggilan anda sewaktu kecil...

Nama panggilan sy kat rumah : Bibi (kih3)

Nama glamer kat skolah rendah : Bibi, Ta,

Nama glamer kat sekolah menengah : Mak Teng (sy pun tau maksudnya, ni geng2 laki yg bagi..), Rita, Ta..



5) Tag 10 kawan blog anda... Pastikan mereka jawab!!!

Hmmm…Sy ada 8 je follower tapi xpe…

Dengan ini, sy mengisytiharkan saya mengetag kesemua kawan2 blog sy. Hehe..Padan muka.

0 Responses